Kenali saya dengan lebih dekat
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya Cikgu Nas (Cikgu Nasr), alumni PdGT OUM tahun 2024. Saya aktif berkongsi pengalaman tentang teacher training, khususnya untuk pelajar dan bakal pelajar OUM — terutamanya mereka yang datang daripada latar belakang bukan pendidikan. Namun perkongsian ini terbuka kepada sesiapa sahaja, tidak kira universiti, yang ingin belajar bersama untuk menjadi guru yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam Islam, ada tiga perkara di dunia ini yang kekal manfaatnya: “ilmu yang bermanfaat”, anak yang soleh mendoakan ibu bapa, dan sedekah jariah”. Selain tanggungjawab saya sebagai bapa, ahli keluarga, anak kepada ibu, serta dalam pekerjaan dan aspek kehidupan lain, ada juga bahagian tanggungjawab saya untuk membantu anda di dunia ini, dan itu adalah tanggungjawab saya. Maka, oleh sebab itu, saya di sini teruskan kerja-kerja seperti ini, termasuk CSR dan kerja kebajikan, dalam berkongsi ilmu serta sebahagian pengalaman tentang kerjaya pilihan dan masa depan kerjaya anda sebagai guru. Saya sedar hidup ini mungkin tidak lama, dan apa yang saya miliki mungkin bermanfaat untuk anda. Oleh itu, saya jadikan sesi perkongsian saya sebagai ilmu yang bermanfaat untuk anda. Mari kita sama-sama belajar untuk berjaya di dunia ini, dan menjadi guru yang terbaik!
Cara saya bekerja, ada masa saya bercakap kasar, ada masa bercakap tegas, dan ada masa bercakap baik dan lembut. Tabiat saya, saya akan banyak menjelaskan melalui voice note di WhatsApp, dan WhatsApp anda panjang-panjang pun tidak mengapa—tidak kira masa, 24 jam saya akan jawab soalan anda dan berkongsi apa sahaja, sama ada malam atau siang. Apabila saya berkongsi ilmu, saya tidak suka abstrak; saya akan hadirkan juga dengan bahan-bahan berkaitan secara konkrit supaya anda boleh lihat, dengar, nampak, dan rasa (multimodal). Saya suka benda yang praktikal. Segala perkara sensitif, saya akan bercakap dan kritik secara membina, tetapi melalui saluran yang tepat. Dalam saluran massa, saya tidak akan bercakap tentang perkara sensitif, darkside, atau amalan yang tidak baik, tetapi penting untuk kita tahu dan jauhi. Jika ada persoalan seperti itu, boleh WhatsApp secara personal sahaja, dan kita akan bahas dalam ruangan tertutup.
Apa kata mereka yang telah berjaya bersama bimbingan Cikgu Nasr. Kejayaan mereka adalah inspirasi saya.
"Nota Cikgu Nas sangat membantu saya memahami format tugasan PdGT. Sangat recommended!"
"Terima kasih atas bimbingan personal melalui WhatsApp. Voice note sangat jelas."
"Template RPH sangat kemas dan menjimatkan masa. Berbaloi!"
"Sangat suka cara penyampaian yang santai tapi padat dengan info. Terbaik Cikgu Nas!"
"Nota Cikgu Nas sangat membantu saya memahami format tugasan PdGT. Sangat recommended!"
"Nota Cikgu Nas sangat membantu saya memahami format tugasan PdGT. Sangat recommended!"
"Terima kasih atas bimbingan personal melalui WhatsApp. Voice note sangat jelas."
"Template RPH sangat kemas dan menjimatkan masa. Berbaloi!"
"Sangat suka cara penyampaian yang santai tapi padat dengan info. Terbaik Cikgu Nas!"
"Nota Cikgu Nas sangat membantu saya memahami format tugasan PdGT. Sangat recommended!"
Pusat sumber sehenti untuk semua perkongsian, nota, dan panduan PdGT OUM anda.
Jawapan pantas untuk persoalan yang sering ditanya oleh rakan guru.